Thursday, June 20, 2013

Ikhlaskah?



Menonton 30 minit bersama Ustaz Don memberikan sedikit input untuk aku. Antara perkara yang masih ligat bermain-main di fikiran adalah tentang 3 tahap ikhlas yang diterangkan oleh Ustaz Don. Nak tahu sejauh mana,dan di mana tahap keikhlasan anda? Jom kita lihat 3 tahap ikhlas yang berkenaan.

Ikhlas seperti seorang hamba. Ia digambarkan seperti seorang hamba yang patuh dengan arahan tuannya.Apa sahaja yang diarahkan,pasti akan diikut oleh si hamba berkenaan. Perasaan takut akan sentiasa membimbingnya untuk melakukan segala perintah dengan taat dan tekun.

Ikhlas seperti seorang Pedagang. Seorang pedagang akan sentiasa mengharapkan sesuatu apabila melakukan sesuatu urusan perniaagaan. Apabila melakukan sesuatu ibadah, sesungguhnya dia mengharapkan dirinya akan dijauhkan dari siksa api neraka dan mengharapkan hidupnya akan dilimpahkan dengan rahmat ALLAH.

Ikhlas sperti seorang kekasih. Iklas yang tertinggi ,diibaratkan seperti perlakuan seorang kekasih. Sepertimana yang kita sedia maklum,seorang kekasih sentiasa mengutamakan,mengambil berat,ringan untuk melakukan apa sahaja  demi mengambil hati kekasihnya.  Segala perintah Allah dilaksanakan dengan sepenuh hati,malah segala perkara-perkara yang disukai oleh Allah juga dititikberatkan semata-mata kerana ALLAH. Ianya merupakan tingkat tertinggi dan seharusnya sebagai  seorang Islam, letakkan lah diri kita di tahap sebegini.

Walaubagaimanapun, usah khuatir kerna anda masih lagi ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana ALLAH,tidak kira anda berada di tahap mana sekalipun. Teruskanlah perjuangan hidup, jadikanlah keikhlasan sebahagian daripada diri anda. 

No comments:

Post a Comment