Aku memang merasa bosan kalau sampai masa cuti semester yang panjang macam ni. Lebih-lebih lagi,aku akan menetap di Bintulu ni dalam masa yang agak lama,insyALLAH. Masa cuti,balik kampung adalah satu kemestian bagi aku,tak kira balik sorang-sorang atau dengan famili. Kampung emak aku kat Kuching,kampung ayah aku pulak kat Balingian. 3 hari sebelum aku tulis ni,14-17 Dec yg lepas,aku balik kampung ayah aku,dgn ayah aku sebab nak ambik adik aku kat politeknik mukah tu. Perjalanan nak ke kampung aku ni xlama pown,4 jam je,tp yg memenatkan sbb jalan tu,under construction,bukan setakat 2-3 kilometer je,tp sepanjang perjalanan nak ke kampung aku tu,mengikut perkiraan aku,ada la dalam 2 jam lebih tu,ktorg mengharongi jln berbatu dan berlubang.haizz..tp alhamdulliah ktorg selamat pergi dan pulang.
Aku baru sedar sekarang ni,yang kampung aku tu memamg best giler. Tak tau la kenapa,maybe sbb aku dah lama dah duduk kat bandar kot,so, bila balik kampung,terasa macam ada kelainan sikit. Bila sampai je kt kampung,semestinya kita akan buat kerja kampung. Kerja kampung ni mmg xmenjengkelkan aku,maybe sbb aku dilahirkan kat kampung ni kan,tempat asal aku.
Ada banyak kerja-kerja kt kampung yang mmg best utk dibuat masa cuti mcm ni. Memancing of course,mancing ikan,udang. Kampung aku mmg dekat dgn sungai,sungai besar pulak tu,mancing ni mmg benda wajib la. Tapi aku tak g mancing pon,yang g mancing tu pak ngah aku,dia ajak,tapi aku je yang xnak,sbb penat,ktorg baru je sampai ptg tu kan. Selain dari memancing,aktiviti ‘mento ketam’ best jugak,mento ketam ni mcm menangkap ketam la,menggunakan sejenis sangkar yg dipanggil ‘pento’. Cara nak tangkap ketam ni pun xsusah mana pown,just letak je umpan dalam pento tu,then, campak je dalam sungai, nak tau ade ketam ke x yg da masuk dalam pento tu,just angkat balik je pento tu,check. Umpan yg biasanya ktorg pakai isi ikan yu,komfem boleh dapat nye kalo guna umpan ni. Tp aku x g memento pown,time g kampung aritu,sbb terlupa nak belikan umpan tu,time dah nak sampai kt kebun tu,baru la teringat pasal umpan.
Apa yg aku buat kt kampung aritu,kerja kampung tu,mmg bukan kerja yg mudah. Kerja yg aku maksudkan ialah,mengutip buah kelapa,kat kebun ayah aku kt balingian tu. Mmg memenatkan kerja n,dah la dgn nyamuk yg mmg bnyk,then,nak jolok buah kelapa tu pulak satu hal. Buah kelapa ni,ada 2 kategori,kelapa muda n kelapa tua. Kelapa muda,airnya mmg enak di minum,kalo kelapa tua lak,kebiasaan org guna untuk buat santan. Most of kelapa yg ktorg kutip tu,adalah kelapa tua,skrg n,kt bintulu,kelapa tua da jarang da orang jual,kalo ada pown mahal nak mampos. Nak tau kelapa tua tu elok ke x utk dibuat santan,ada berbagai2 cr nak tau. Biasa nya kelapa tua yg baik,kalo digoncang,akan kedengaran la bunyi air di dalam ny. Kalo xde bunyi,so itu adalah kelapa tua yg ‘jahak’,he3.aktiviti mengutip kelapa n mmg ‘best’,:P,ok la,tp tu la, first time aku g kebun ayah aku,hehe..family aku yg lain da slalu da,aku sorg je yg slalu xde kt umah,blaja jauh kan.Bnyk jugak kelapa yg ktorg pungut aritu,dalam seratus lebih,pastu ada jugak yg dijual kt org kampung,selebihnya ktorg bawak balik bintulu.
Ada bnyk lagi kerja kampung mcm ‘memukat ikan kemurak’,aku x pnah buat pon bende n,tp ayah aku pnah,aku menunggu je ni,dia nak ajar aku mcm mana nak memukat tu. Tp memukat ni bukan kerja yg senang tau,just lelaki sejati kampung je boleh buat kerja n he3. Aku rs setakat ni je la,kerja2 kampung yg aku tau,sbnrnya ada bnyk lg,tp aku pon xberapa ingat dah. Biasanya kerja kampong kira mcm utk survival la bila dudok kt kampung n,ye la,kat kampung bkan ada 7-Eleven pown,so,utk makanan,diorg kena berusaha sendiri nak dapatkan,nak dapatkan tu,ada berbagai-bagai pulak cara ny.
Aku rs tu je la,coretan aku kali n. Ada bnyk idea nak share,hrm,tp rs mls lak nak kuarkan,risau sakit otak plak karang..chow!!!
Sekian.Wasalam..

