Wednesday, October 17, 2012

This is Kuala Balingian

Minggu lepas, aku sekeluarga, mak dan ayah serta adik beradik aku ke kampung, Balingian atas urusan keluarga. Perjalanan terancang biarpun dalam jarak waktu hujung minggu yang agak singkat, kami bertolak setelah aku balik kerja setengah hari pada sabtu. Perjalanan ke kampung aku mengambil masa hampir 2 jam 40 minit dan kami tiba di kampung pulat Balingian pada pukul 5 petang. Setibanya di kampung, kami terus ke kuala Balingian yang perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ada beberapa perkara menarik berkenaan dengan Kuala Balingian yang juga merupakan sebuah perkampungan nelayan sangat terhad penduduk nya. Majoriti masyarakat di sini berbangsa melanau dan kebanyakan orangnya sangat peramah. Keharmonian masyarakat di sini lebih menyerlah lagi sekiranya anda memahami bahasa mereka, bahasa melanau. Hampir 2 jam meluangkan masa di sana, kami kembali ke kampung pulat menjelang maghrib. Beberapa perkara yang menarik perhatian aku setibanya di sana adalah seperti berikut :

1. Kampung ini adalah sebuah perkampungan nelayan yang masih terhindar dari sebarang pembangunan. Namun begitu, kampung ini dihubungkan dengan rangkaian jalan raya bertar untuk memudahkan penduduk setempat.

2. Penduduk kampung masih menjalankan aktiviti harian yang bersifat setempat seperti menternak ikan di dalam sangkar, membuat kuih muih seperti bahulu dengan cara tradisional, menangkap ketam dan sebagainya.

3.Jika mengidam ingin memakan ketam, perangkap boleh dilemparkan di bawah rumah sahaja kerana rumah yang di diami penduduk setempat dibina berhampiran dengan sungai. Meskipun begitu, harus diingatkan juga tentang pasang surut air.

4. Disebabkan ekosistem di sini masih tidak terjejas, terdapat juga hidupan liar seperti ular kecil yang merayap di celah sungai di bawah dan bilangannya cukup banyak dan mengerikan. Penduduk di sini memang sudah biasa dengan keadaan sebegini.

5. Terdapat juga binatang seperti mang yang menyerupai ketam, dengan saiz sepit yang agak besar mendiami busut - busut di sekeliling kawasan kampung. Menurut mereka, haiwan ini boleh dimakan dan rasanya seakan rasa udang.

Sisipan gambar aku selitkan dalam rangkap seterusnya buat tatapan semua.









Turtle beach 1 - Taman Negara Similajau

Sama Taman Negara Similajau merupakan antara salah satu taman negara yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Dengan menggunakan kereta perjalanan hanya mengambil masa kurang 30 minit sahaja. Destinasi trekking kali ini ialah Turtle beach 1,yang mana jaraknya dalam lingkungan 6 kilometer pergi balik, mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke tempat tersebut. Walaupun tidak ramai yang mengunjungi tempat ini, namun kawasan sekitar pantainya masih lagi bersih dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Untuk sesiapa yang ingin ke sini, diingatkan supaya membawa bekalan kerana tidak ada kedai terdapat di pantai tersebut dan jaraknya pula adalah jauh dari stesen taman negara. Sebelum aku menamatkan post kali ini, aku uploadkan gambar - gambar di sepanjang perjalanan trekking kali ini. Wassalam.












Sunday, September 23, 2012

Aku Dan Buku (Buku Lali)

Hidup sebagai manusia memang sentiasa dipenuhi dengan hobi. Tidak terkecuali orangnya seperti aku.
Kalau diikutkan,banyak sekali hobi yang selalu aku ingin lakukan bila tiba waktu lengang. Memancing, trekking,bersukan (Badminton) dan yang penting dan karib sekali adalah membaca. Membaca merupakan satu keutamaan yang sangat aku pentingkan dalam hidup aku.Banyak sebabnya dan perasaan ingin membaca memang sangat ikhlas lahir dari kelopak jantung-jantung aku. (~_~)

Jika saudara tidak mengetahuinya, kepentingan membaca memang sudah di tekan kan dalam Agama Islam. Buktinya, Wahyu pertama yang diterima Rasullulah ialah mengenai membaca,ataupun dalam bahasa Arab, Iqra'. Peristtiwa yang berlaku kepada Rasullulah menjadikan aku  sangat menghargai keperluan untuk membaca.

Dengan seriusnya,aku merasakan membaca sangat bergaya dan nampak macho. Tak kiralah anda membaca apa-apa sekalipun,informasi di internet,majalah-majalah, surat khabar ataupun buku-buku dan rakan sekutunya, dan apabila ilmu itu dapat dizahirkan ke dalam diri,ia akan menjadikan diri aku seperti orang yang mempunyai kuasa yang hebat. Lebih-lebih lagi jika ilmu tersebut di kongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat,kenalan-kenalan, kaum keluarga dan sebagainya. Bak kata pepatah orang inggeris " Knowledge is Power" (~_~)

Walauapapun, untuk membaca dengan effisien,faktor sekeliling memainkan peranan yang penting,selain dari faktor minat yang mendalam. Sebagai contoh,amat sukar untuk kita menelaah bila keadaan di sekeliling huru-hara atau terlalu bising. Mungkin bagi sesetengah orang keadaan ini tidak memberikan masalah kepada mereka. Untuk aku,aku lebih menggemari mengunjung perpustakaan dan membaca di situ. Di sana, kita boleh menjangkakan suasana yang tenang dan positif untuk membaca di sampang aura susunan buku-buku yang memberi pengaruh psikologi untuk menelaah kepada pengunjung.

Jadi, jangan pernah berputus asa untuk membaca ya. Semaikanlah sifat cintakan ilmu itu dalam diri kita. Agar ia nya menjadi pelita pedoman untuk melayari hidup sebagai orang yang berguna dalam kehidupan ini. ~Salam~


Thursday, September 20, 2012

Android Apps : MOBOROBO

Kepada pengguna-pengguna Smartphone Android sekalian, di sini aku nak kongsi sedikit Android Apps yang terbaik yang aku dah installed dalam Xperia 10i aku yang semakin outdated sekarang ni. App yang aku maksudkan ialah Moborobo , selain versi android,ios pun ada,tapi yang pastinya,versi android  adalah free.



Moborobo merupakan satu App untuk organize/synchronize smartphone/tablet anda dengan PC.Penggunaannya sangat mudah. Melalui app ini,anda boleh membuat backup and restore segala contact, installed apps,media,messages, file managing dan sebagainya melalui PC tanpa mengguna internet. Walaubagaimanapun, anda haruslah install apps ni ke dalam PC,dengan mendownload free software dari laman web rasmi Moborobo, moborobo.com. Dalam masa yang sama,anda juga harus meng'install' apps yang sama melalui google apps ke dalam smartphone/tablet anda. Selepas selesai, nak memulakan app ni sangat mudah,hanya sambung USB kabel ke PC ,setelah smartphone/tablet anda di kenalpasti oleh PC, anda boleh terus menggunakan app ini dengan sepenuhnya. Selain itu,apps juga boleh di hubungkan dengan PC melalui wireless/tanpa wayar, tetapi, sambungan internet adalah diperlukan.


Ada satu features yang aku sangat tertarik dalam apps Moborobo ni, iaitu kita boleh menukar theme smartphone dengan senang dan pantas. Pilihan themes juga kebanyakannya menarik dan sangat kreatif.


Keseluruhannya,secara peribadi,aku rate kan apps 4.8/5 disebabkan penggunaan yang sangat mudah dan sangat berguna kepada pengguna smartphone dan tablet.

Untuk info yang lebih terkini,sila lah ke laman web rasmi www.moborobo.com.


Tuesday, September 11, 2012

Ibarat Si Tanah Dahagakan Air

Tanah yang kering,disiramkan air ke atasnya,lantas menjadi tanah yang subur,
Kalau hati yang kering,agaknya 'air'nya bagaimana rupanya.
Itulah hati bila sakit,akibat egonya tak pernah rendah,
Tinggi dadanya seolah ayam jantan,
Tidak punya kelemahan,
Berlaku salah apatah lagi haram,
Tapi sayang,
Manusia kan sifatnya tidak sempurna,
Bila mana silap itu dimakannya,
Hati menjadi seperti gundah gulana,
Makan tak tenang,tidurnya tak lena.
Mungkin ada satu ubatnya,
Itupun ubat,
Dimakan setelah merasai pedih peritnya,
MASA...mohonnya agar Yang Maha meminjamkan masa untuk kita kembali pulih,
Pulih hati,bebas dari gundah gulana....

Wednesday, August 8, 2012

Mutiara kata

Sandarkan diri pada ALLAH,
Pada janji-janji ALLAH,
Kerna ALLAH tidah pernah mengecewakan kita,
Dan janjiNya adalah pasti,
Sebaliknya,
Yang sering mengecewakan kita adalah diri manusia itu sendiri...
Sesungguhnya,
Allah itu Maha KuasaNya,
Dan manusia itu kekal sebagai hambaNya,
Ya Allah..
Dekatlah diri hambamu ini denganMu
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada kami Ya ALLAH...

Saturday, July 28, 2012

Titik Hitam

Dosa itu seperti satu titik hitam dalam hati manusia. Apabila kita melakukan satu dosa,satu titik hitam akan timbul melekat dalam hati Dan mustahil untuk dihilangkan melainkan hanya dengan bertaubat kepadaNya. Begitu juga dengan dosa yang seterusnya Dan tanpa taubat,ianya akan memenuhi hati manusia sehingga menjadi hitam. Hati yang hitam,tanpa hasutan dari syaitan sekalipun,dirinya akan sentiasa bergelumang dalam dosa Dan akan terus melakukan dosa. Ianya merupakan satu faktor yang menjadi punca mengapa manusia masih melakukan dosa Di bulan Ramadhan sekalipun semua syaitan yg jahat telah digari Dan dihalang dari menghasut manusia.

Ianya adalah satu kegilaan pada satu masa dahulu





Thursday, March 1, 2012

Hanya Dua Cita

 Jam 9 dah.blom tidur lagi.saja nak luang masa sedikit.buat coret-carit untuk diuploadkan ke blog aku.Hari ni balik kerja pukol 5.00.seperti kebiasaannya,tak ada yang menarik pun. Masa kerja hari ni pun biasa sahaja. Selain daripada site visit mengejut yang dianjurkan oleh HOD aku pagi tadi di sebuah kilang memproses ais batu,aku merajinkan diri untuk mencetak 2 report draft untuk 2 klien yang baru habis disemak oleh my HOD. Di saat,aku sibuk mengerjakan urusan pekerjaan aku,tengah melipat-lipat helaian lukisan AutoCAD, terdetik dalam hati aku,apakah nature pekerjaan yang sebegini yang aku impikan semasa aku di alam studi sebelum ni? 

Jawapanya aku pun tidak tahu.I have no idea on any of it. Mengikut peredaran waktu,termasuk bulan ni,dah 8 bulan aku bekerja dengan syarikat konsultan ni. Sebelum ni,aku kerja di sebuah kilang kelapa sawit untuk 11 bulan. 11 bulan yang sangat memenatkan dan penuh dengan cabaran baru. 

Berlainan pula semenjak aku berkhidmat di sebuah syarikat konsultan macam ni. Dulu, first 3-4 month aku masuk kerja sini,aku dah dihimpunkan dengan Outstanding report yang sangat banyak. Sekarang pun tak kurang hebatnya,Cuma aku didedahkan untuk menyiapkan report yang berlainan isi kandunganya,di samping cara Monitoring (site) yang berlainan. Setiap kali didedahkan dengan sesuatu yang baru,memang agak susah untuk di’adapt’kan ke dalam diri aku. Tapi apa yang pasti,selepas beberapa ketika,ia tidaklah sesukar manapun. 

Dalam keadaan kekurangan yang melanda diri aku sekarang ini,timbul pula rasa satu kesyukuran aku ke atas Ilahi. Tanpa aku sedari,Allah itu maha Pemurah lagi Maha penyayang,telah memberi aku peluang kepada aku untuk menggapai cita-cita yang telah aku impikan sebelum. Impian aku untuk menjadi seorang jurutera tercapai, malahan sekarang, impian aku untuk menjadi seorang usahawan juga bakal tercapai. 

Meskipun aku masih muda untuk semua ini. Tapi aku percaya, Allah telah memberikan aku satu jalan untuk membuktikan kemampuan aku sendiri,untuk mengisi, apakah jenis jurutera yang ingin aku letakkan ke dalam diri aku, usahawan yang seperti mana yang ingin aku tonjolkan. Aku tahu,jalan aku untuk Berjaya dalam hidup ni masih jauh,tapi yang aku inginkan hanyalah kepuasan untuk setiap yang aku akan lakukan. Tanpa aku lupakan yang aku hidup hanyalah atas Ihsan ALLAH semata-mata. 

Jadi,di sini aku ingin tetapkan satu matlamat untuk diri aku sendiri. Untuk bidang kerjaya aku, dengan Izin ALLAH, aku ingin menimba ilmu sebanyaknya,terutama dalam bidang pengurusan dan komunikasi dengan klien. Matlamat aku adalah untuk menjadikan diri aku sendiri sebagai pemimpin,pemimpin yang berwibawa,pemimpin yang boleh membawa kea rah kebaikan, dan seterusnya boleh membawa kepada kejayaan. Seperti yang aku tekankan sebelum ni,aku tak akan selamanya menjadi seorang jurutera. Serasi dengan sikap aku yang sangat mudah berasa bosan. 

Untuk tujuan sekalipun yang anda ingin tetapkan dalam hidup anda. Ingat! Rancanglah dengan rasa kehambaan kepada-Nya.kerna.kita hanya mampu merancang.namun.apa yang dirancang ALLAH adalah yang sebaiknya. 


Wednesday, February 22, 2012

Rumusan 1.0 : Kisah Kedai Roti Pagi

Susah nak cari,
apa lagi nak dijadikan isteri,
tengok-tengok pun dari sisi,
takut kantoi malu pula sendiri,

Dari pandangan kornea mataku,
gadis itu,
dengan tudung hitamnya itu,
nampak sangat la ayu,
gerak-geri nya sangat la rendah malu,
haiii hati ini rasa luluh selalu,

Pagi-pagi kedai roti,
mengisi kelaparan ini,
dengan makan pagi,
nampak gadis itu,
terasa terkenan di hati,
namun,
apa yang difikirkan,
itu hanya fitrah seorang lelaki,
hanya meniliti dengan mata bukan hati,
senang sangat nak jatuh hati.

balik sudah dari kedai roti,
kepala otak masih tercari-cari,
entah bila nak tukar status diri,
harapnya senang la hidup kemudian nanti..


Tuesday, February 21, 2012

Nyan Cats


Aku tak tahu apa nyan cat ni,
tapi yang pasti,
iramanya sangat asyik,
aku jadikan ringtone lagi...

Gita Gutawa - Jalan Lurus


Just another version of Obat Hati songs..enjoy!
Sayang.
Hati kan milik Allah.
Semua orang bisa berubah.
Jangan disoal kenapa ini jadi begini.
Dan kenapa itu jadi begitu.
Bawalah hatimu dekat dengan Allah.
Benar hatimu sakit.
Dan aku insan yang tak rasa sakitmu sedang Allah tahu rasamu.


Sayang.
Bila kamu kuat kerana Allah.
Maka janganlah lemah diuji cinta.
Syaitan kan gembira melihamu sedang malaikatmu kan berduka.
Jangan biarkan malaikatmu berduka ya!
Percayalah.
Bila kamu yakin dengan Allah.
Lemahmu sakitmu dukamu masih ada Dia.
Tenang dalam dakapan Dia.
Itu janji Dia.

Monday, February 20, 2012

Sugar Glider 3.4


Selain,dari kucing,ini pun salah satu haiwan peliharaan yang sangat comel.
Binatang Sugar glider ni akan tetap comel,
sebab dia tak akan membesar sebesar kucing.
Jom Perhati!!









Blog Kuot 1.5

Apa saja yang Allah bagi, ada hikmah disebaliknya. 
Allah tak bagi kita jadi jahat tapi kadang Allah bagi kita karenah orang lain untuk uji kita. 
Allah sedang mendidik kita dengan menduga kita melalui karenah orang lain yang diutuskan. 
Di sini terujilah tahap kesabaran dan tahap keimanan kita...

Outstation Mode : Sg. Asap Power Station

Salam Isnin kalian,
One of the best part of my job is Outstation.
Dah lebih 6 bulan aku join kompeni ni,dah banyak jugak tmpt aku dah pergi.
Kota Kinabalu,Labuan antara destinasi yang paling best pernah aku pergi.
Last week,aku pergi ke kawasan terpencil sedikit,yakni bahagian Kapit.
Lokasi yang ingin dituju ialah Sg Asap Power Station,
terletak 50km menghampiri Bakun yang terkenal dengan Empangannya.
Yang ni daytrip je, 
Kami buat site survey untuk collect info,
Perjalanan tak jauh,hampir 2 jam 45 minit,
dan keadaan jalan agak sedih,
tidak rata walaupun bertar.
Actually,
ni bukan 1st time ke kawasan bakun,
sebelum ni pernah masuk ke sebuah forestry,
agak lebih jauh ke dalam kawasan estet sawit,
pernah jugak ke sebuah palm oil mill yang terletak lebih dekat,
Sebahagian 'panorama' untuk daytrip kali ini seperti tersisip di bawah.
Selamat Mengamati~

Setibanya di Sg Asap Power Station. 
Guna kenderaan yang macam ni pun masih belum menjanjikan
 keselesaan semasa perjalanan


Lori Kayu balak yang sangat tidak asing di kawasan ini. Fakta menarik menngenai lori ni,
bahagian belakang yang dgunakan untuk meletakkan kayu balak boleh dilipat dan ditindih di belakang lori.
Sebab tu la nampak tayar lori tu macam bertindih.


Nampak sangat kawasan ni berbalam-balam dan bergunung-ganang.



 Pemandangan sekitar pukul 10 pagi. Daerah ni agak tinggi dari aras laut.
kalau anda perasan,kawasan  pergunungan tu dicecah oleh awan (seperti yang dibulatkan)


Memang nampak rendah je awan tu.

Friday, February 10, 2012

Blog Kuot 1.1

BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU,


BILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA INGIN MENGUJIMU,

BILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK
UNTUKMU.

OLEH ITU, SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN

PUN... KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA.


Doa Dhuha


“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhamu, 
kecantikan itu ialah kecantikanmu, 
keindahan itu keindahanmu, 
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu 
dan perlindungan itu perlindunganmu.” 

“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”


Mudahan Allah permudahkan perjalananku menghampiri dhuha...

Wednesday, February 8, 2012

Khasiat Ayat Kursi


  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Solat Sunat : Dhuha

Tentang Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas. 




Hadis berkaitan

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:

1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : 'Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan'.

Hadis ketiga: Sabda Nabi saw : 'Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat'.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Niat

Bacaan Doa Sesudah Solat Sunat Dhuha








Semoga Menjadi Ingatan buat semua untuk mendekati-Nya...

Thursday, February 2, 2012

Blog Kuot 1.2



Bahagia bukan terletak pada orang lain.
Tapi terserah pada diri kita.
Untuk melakar kebahagiaan dalam diri kita.
Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Kamu kan jadi orang yang paling kaya.

Wednesday, February 1, 2012

Komiko 1.4 : Riak




Blog Kuot 1.1



Entry Khas untuk petikan dari blog-blog kenalan.
hanya ingin berkongsi bacaan.
(n_n)

"Bilamana mengejar cinta dan perhatian manusia, pasti wujud kekecewaan dan airmata..
Memperbaiki diri dalam terus mengejar cinta yang UTAMA..
Bertahan dan bersabarlah duhai hati, kerana bilamana kau menyayanginya kerana Allah, Allah akan sampaikan rasa kasih itu.
Sedarkan dirinya ya Rahman bahawa aku menyayanginya keranaMU, untuk terus bersama hingga ke syurgaMU."


#credit to this blogger for a very nice quotes :)



Tuesday, January 31, 2012

Rumusun 1.0 : Allah selalu di situ

Allah tahu,
Yang maha besar itu,
Sentiasa di situ,
Disisimu,
Di antara setiap kamu,
Kamu juga tahu,
Untuk kebenaran itu,

Namun sebaliknya kamu,
Aku,
Juga semua mereka itu,
Selalu dan selamanya selalu,
Berolah dosa seolahnya yang Maha itu,
Telah lama tinggalkan mu,

Ingatlah saudara- saudariku,
Dan Ingat lah wahai sang aku,
Allah itu sangat tahu,
Atas setiap perbuatan kamu dan aku,
Teguhkanlah hatimu temanku,
Untuk mengingatinya Allah itu,
Hanya dengan itu,
Hidup ini mampu,
Lalu bagai angin tiupan dulu,
Hanya dengan restu itu...
posted from Bloggeroid

Trek Audio 1.2 : Asma Allah By Sami Yusuf



Lyrics | Sami Yusuf lyrics - Asma Allah lyrics

Saturday, January 28, 2012

Tek Reviu 1.0 : Xperia Mini Pro





Siapa yang tak kenal dengan 3 biji logo di atas?
Untuk mengikuti peredaran semasa yang semakin pantas pada masa sekarang,
tiga pengeluar OS untuk mobile phone tersebut sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk terbaru mereka.
pilihan anda yang mana?
pilihan aku?
yup,android.
sebab ada banyak feature pada satu harga yang sangat menarik.
bukan sebab IOS tak menarik,tapi bagi aku kurang berbaloi untuk harga yang sangat mahal,
faktor yang sama juga untuk perisian Blackberry yang sangat elegan untuk businessman.

Jadi,aku nak kongsi sikit reviu untuk android phone yang satu ni,sony ericcson xperia mini pro.
Gambarnya seperti tertera di bawah ;
Stylo kan?
gajet ni dah masuk dlm wishlist aku untuk 2012...huhu...
antara feature yang ada kat phone ni...seperti berikut;

Qwerty Keyboard
Sliding keyboard phone sangat menarik.Buat masa sekarang,agak kurang phone touch screen yang ada sliding keyboard mcm ni. Dalam masa yang sama,on-screen keyboard masih lagi di kekalkan.

Rekabentuk kompak
Kebanyakan phone sekarang,especially yang touchscreen sangat besar. Tapi phone ni sangat kompak,screen kecil ukuran 3',bagi aku sangat cukup untuk memenuhi keperluan untuk bertelefon. Tapi untuk yang gemar browse internet,ini bukanlah pilihan yang terbaik. Selain itu,rekaan kecil memudahkannya untuk disimpan di dalam poket.

Secondary Camera
Phone ni dilengkapi dengan secondary camera.!!menarik kan..buat masa sekarang,servis video call 3g masih belum disokong untuk phone berplatform android ni,tapi masih boleh digunakan untuk skype dan yahoo messenger. Lagi murah dan menjimatkan.

feature lain-lain
Phone ni menawar feature lain yang agak standard bagi aku,sebaya dengan harganya dalam lingkungan rm750. Kamera autofokus 5megapiksel,Video HD recording,android platform gingerbread 2.3,accelerometer sensor,gps, dan juga screen cantik yang merupakan hasil daripada SONY BRAVIA  engine reality display.


nak info lebih? klik link di bawah..