Menonton 30 minit bersama Ustaz Don memberikan sedikit input untuk aku. Antara perkara yang masih ligat bermain-main di fikiran adalah tentang 3 tahap ikhlas yang diterangkan oleh Ustaz Don. Nak tahu sejauh mana,dan di mana tahap keikhlasan anda? Jom kita lihat 3 tahap ikhlas yang berkenaan.
Ikhlas seperti seorang hamba. Ia digambarkan seperti seorang
hamba yang patuh dengan arahan tuannya.Apa sahaja yang diarahkan,pasti akan
diikut oleh si hamba berkenaan. Perasaan takut akan sentiasa membimbingnya
untuk melakukan segala perintah dengan taat dan tekun.
Ikhlas seperti seorang Pedagang. Seorang pedagang akan
sentiasa mengharapkan sesuatu apabila melakukan sesuatu urusan perniaagaan.
Apabila melakukan sesuatu ibadah, sesungguhnya dia mengharapkan dirinya akan dijauhkan
dari siksa api neraka dan mengharapkan hidupnya akan dilimpahkan dengan rahmat
ALLAH.
Ikhlas sperti seorang kekasih. Iklas yang tertinggi ,diibaratkan
seperti perlakuan seorang kekasih. Sepertimana yang kita sedia maklum,seorang
kekasih sentiasa mengutamakan,mengambil berat,ringan untuk melakukan apa
sahaja demi mengambil hati
kekasihnya. Segala perintah Allah
dilaksanakan dengan sepenuh hati,malah segala perkara-perkara yang disukai oleh
Allah juga dititikberatkan semata-mata kerana ALLAH. Ianya merupakan tingkat
tertinggi dan seharusnya sebagai seorang
Islam, letakkan lah diri kita di tahap sebegini.
Walaubagaimanapun, usah khuatir kerna anda masih lagi ikhlas
dalam melakukan sesuatu kerana ALLAH,tidak kira anda berada di tahap mana
sekalipun. Teruskanlah perjuangan hidup, jadikanlah keikhlasan sebahagian
daripada diri anda.
.jpg)