Wednesday, October 17, 2012

This is Kuala Balingian

Minggu lepas, aku sekeluarga, mak dan ayah serta adik beradik aku ke kampung, Balingian atas urusan keluarga. Perjalanan terancang biarpun dalam jarak waktu hujung minggu yang agak singkat, kami bertolak setelah aku balik kerja setengah hari pada sabtu. Perjalanan ke kampung aku mengambil masa hampir 2 jam 40 minit dan kami tiba di kampung pulat Balingian pada pukul 5 petang. Setibanya di kampung, kami terus ke kuala Balingian yang perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ada beberapa perkara menarik berkenaan dengan Kuala Balingian yang juga merupakan sebuah perkampungan nelayan sangat terhad penduduk nya. Majoriti masyarakat di sini berbangsa melanau dan kebanyakan orangnya sangat peramah. Keharmonian masyarakat di sini lebih menyerlah lagi sekiranya anda memahami bahasa mereka, bahasa melanau. Hampir 2 jam meluangkan masa di sana, kami kembali ke kampung pulat menjelang maghrib. Beberapa perkara yang menarik perhatian aku setibanya di sana adalah seperti berikut :

1. Kampung ini adalah sebuah perkampungan nelayan yang masih terhindar dari sebarang pembangunan. Namun begitu, kampung ini dihubungkan dengan rangkaian jalan raya bertar untuk memudahkan penduduk setempat.

2. Penduduk kampung masih menjalankan aktiviti harian yang bersifat setempat seperti menternak ikan di dalam sangkar, membuat kuih muih seperti bahulu dengan cara tradisional, menangkap ketam dan sebagainya.

3.Jika mengidam ingin memakan ketam, perangkap boleh dilemparkan di bawah rumah sahaja kerana rumah yang di diami penduduk setempat dibina berhampiran dengan sungai. Meskipun begitu, harus diingatkan juga tentang pasang surut air.

4. Disebabkan ekosistem di sini masih tidak terjejas, terdapat juga hidupan liar seperti ular kecil yang merayap di celah sungai di bawah dan bilangannya cukup banyak dan mengerikan. Penduduk di sini memang sudah biasa dengan keadaan sebegini.

5. Terdapat juga binatang seperti mang yang menyerupai ketam, dengan saiz sepit yang agak besar mendiami busut - busut di sekeliling kawasan kampung. Menurut mereka, haiwan ini boleh dimakan dan rasanya seakan rasa udang.

Sisipan gambar aku selitkan dalam rangkap seterusnya buat tatapan semua.









Turtle beach 1 - Taman Negara Similajau

Sama Taman Negara Similajau merupakan antara salah satu taman negara yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Dengan menggunakan kereta perjalanan hanya mengambil masa kurang 30 minit sahaja. Destinasi trekking kali ini ialah Turtle beach 1,yang mana jaraknya dalam lingkungan 6 kilometer pergi balik, mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke tempat tersebut. Walaupun tidak ramai yang mengunjungi tempat ini, namun kawasan sekitar pantainya masih lagi bersih dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Untuk sesiapa yang ingin ke sini, diingatkan supaya membawa bekalan kerana tidak ada kedai terdapat di pantai tersebut dan jaraknya pula adalah jauh dari stesen taman negara. Sebelum aku menamatkan post kali ini, aku uploadkan gambar - gambar di sepanjang perjalanan trekking kali ini. Wassalam.