Thursday, June 17, 2010

Ceta gua sudah habes blaja da…(^________________^)!!!

Gua happy tahap dewa skrg..at last,after 5 years menuntut ilmu kejuruteraan kimia di Uitm Shah Alam,skrg gua sedang menunggu untuk ditauliahkan…hati siapa yg happy kan,bg gua,da segala macam dugaan yg gua lalui masa kt uitm.

a ingt lagi time first time jejakkan kaki kt uitm,kt kolej Perindu 3,first time kan gua dok kolej, mcm2 rasa ada,tapi disebabkan budak2 uitm ni very friendly…gua dapat lalui my first 5 month dgn jaya nya…gua mmg akui la,kalau la xde geng2 uitm gua yg mmg pergh,mmg ssh dan gler nak hidup kt uitm.

Tp tidak dilupa juga,semua ni adalah berkat rahmat yg di turunkan oleh yg maha ESA. Bg gua,hanya ada satu tmpt untuk gua bergantung segala-galanya,Maha Pencipta..sampai skrg gua sedar betapa lemahnya gua di sisiNya,dan gua berharap gua xkan lupa untkNYA di masa depan.

Gua happy sgt pown bkn sebab pe,ye la,gua xsangkakan boley grad pulak kan…da mcm2 perangai yg gua buat..Tido dalam dewan kuliah,kelas,dtg lambt,lambt nye sampai sejam pown ade..hahaha…pastu da pandai ponteng kelas pulak,meniru..ni bkn meniru bese2 je,tp gua meniru tahap gaban kot,siap sorok buku bawah meja n duduk kt belakang,haiyo..apa mao jadi dgn gua la…pastu assignment tu,ade la beberapa kali gua copy member gua punya,gua mmg thanx la..kt member yg jd mamgsa keadaan tuh..kesian die,penat wat keje,gua pulak copy suka hati senang dan girang je…hahaha..haiya..gua xde pulak buat sume ni time skolah dulu…

Disebabkan perangai2 terok gua seperti di atas tuh,gua dah bnyk kali failkan subjek gua tau. Masa 2nd sem tu,3 subjek gua fail terok,mass transfer gua dapat D+,Chemical process principle pulak D+ and thermodynamics gua dapat E..haha…adoyai..gua nak citer an,lepas fail subjek tuh,gua mmg struggle gila2 punya nak naikkan balik pointer gua,g kelas repeat pagi ptg siang malam…mak ai,hanya ALLAH saja yg tau betapa penat gua masa tu taw…haiyo..

Tp semua tu da jd kenangan wat gua skrg,rsny,gua mmg xdak nak plan smbung studi ladi lepas ni,maybe selepas dua tiga thun kerja,gua consider balik nak sambung master atau tak…So,gua simpan kenangan gua ni utk anak2 gua di masa hadapan..hahaha..insyALLAH..

Gua nak ingatkan geng sekalian,punca kejayaan gua,sekalipun kejyaan itu sekecil zarah,semuanya adalah rezki yang ALLAH bg kt kita,so, dgn kejayaan itu,janganlah kita jadi riak atau pun sombong dgn org laen..rezki masa hadapan,siapa yg tau kan…

Btw..rajin2 la doakan gua dapat pekerjaan secepat mungkin ok…gua pown doakn semua pembaca blog gua happy sentiasa bersama org yg tersayang dan juga dimurahkan rezki hendakNYa..

Salam sekalian………………


 

No comments:

Post a Comment