Wednesday, October 17, 2012

This is Kuala Balingian

Minggu lepas, aku sekeluarga, mak dan ayah serta adik beradik aku ke kampung, Balingian atas urusan keluarga. Perjalanan terancang biarpun dalam jarak waktu hujung minggu yang agak singkat, kami bertolak setelah aku balik kerja setengah hari pada sabtu. Perjalanan ke kampung aku mengambil masa hampir 2 jam 40 minit dan kami tiba di kampung pulat Balingian pada pukul 5 petang. Setibanya di kampung, kami terus ke kuala Balingian yang perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ada beberapa perkara menarik berkenaan dengan Kuala Balingian yang juga merupakan sebuah perkampungan nelayan sangat terhad penduduk nya. Majoriti masyarakat di sini berbangsa melanau dan kebanyakan orangnya sangat peramah. Keharmonian masyarakat di sini lebih menyerlah lagi sekiranya anda memahami bahasa mereka, bahasa melanau. Hampir 2 jam meluangkan masa di sana, kami kembali ke kampung pulat menjelang maghrib. Beberapa perkara yang menarik perhatian aku setibanya di sana adalah seperti berikut :

1. Kampung ini adalah sebuah perkampungan nelayan yang masih terhindar dari sebarang pembangunan. Namun begitu, kampung ini dihubungkan dengan rangkaian jalan raya bertar untuk memudahkan penduduk setempat.

2. Penduduk kampung masih menjalankan aktiviti harian yang bersifat setempat seperti menternak ikan di dalam sangkar, membuat kuih muih seperti bahulu dengan cara tradisional, menangkap ketam dan sebagainya.

3.Jika mengidam ingin memakan ketam, perangkap boleh dilemparkan di bawah rumah sahaja kerana rumah yang di diami penduduk setempat dibina berhampiran dengan sungai. Meskipun begitu, harus diingatkan juga tentang pasang surut air.

4. Disebabkan ekosistem di sini masih tidak terjejas, terdapat juga hidupan liar seperti ular kecil yang merayap di celah sungai di bawah dan bilangannya cukup banyak dan mengerikan. Penduduk di sini memang sudah biasa dengan keadaan sebegini.

5. Terdapat juga binatang seperti mang yang menyerupai ketam, dengan saiz sepit yang agak besar mendiami busut - busut di sekeliling kawasan kampung. Menurut mereka, haiwan ini boleh dimakan dan rasanya seakan rasa udang.

Sisipan gambar aku selitkan dalam rangkap seterusnya buat tatapan semua.









Turtle beach 1 - Taman Negara Similajau

Sama Taman Negara Similajau merupakan antara salah satu taman negara yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Dengan menggunakan kereta perjalanan hanya mengambil masa kurang 30 minit sahaja. Destinasi trekking kali ini ialah Turtle beach 1,yang mana jaraknya dalam lingkungan 6 kilometer pergi balik, mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke tempat tersebut. Walaupun tidak ramai yang mengunjungi tempat ini, namun kawasan sekitar pantainya masih lagi bersih dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Untuk sesiapa yang ingin ke sini, diingatkan supaya membawa bekalan kerana tidak ada kedai terdapat di pantai tersebut dan jaraknya pula adalah jauh dari stesen taman negara. Sebelum aku menamatkan post kali ini, aku uploadkan gambar - gambar di sepanjang perjalanan trekking kali ini. Wassalam.












Sunday, September 23, 2012

Aku Dan Buku (Buku Lali)

Hidup sebagai manusia memang sentiasa dipenuhi dengan hobi. Tidak terkecuali orangnya seperti aku.
Kalau diikutkan,banyak sekali hobi yang selalu aku ingin lakukan bila tiba waktu lengang. Memancing, trekking,bersukan (Badminton) dan yang penting dan karib sekali adalah membaca. Membaca merupakan satu keutamaan yang sangat aku pentingkan dalam hidup aku.Banyak sebabnya dan perasaan ingin membaca memang sangat ikhlas lahir dari kelopak jantung-jantung aku. (~_~)

Jika saudara tidak mengetahuinya, kepentingan membaca memang sudah di tekan kan dalam Agama Islam. Buktinya, Wahyu pertama yang diterima Rasullulah ialah mengenai membaca,ataupun dalam bahasa Arab, Iqra'. Peristtiwa yang berlaku kepada Rasullulah menjadikan aku  sangat menghargai keperluan untuk membaca.

Dengan seriusnya,aku merasakan membaca sangat bergaya dan nampak macho. Tak kiralah anda membaca apa-apa sekalipun,informasi di internet,majalah-majalah, surat khabar ataupun buku-buku dan rakan sekutunya, dan apabila ilmu itu dapat dizahirkan ke dalam diri,ia akan menjadikan diri aku seperti orang yang mempunyai kuasa yang hebat. Lebih-lebih lagi jika ilmu tersebut di kongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat,kenalan-kenalan, kaum keluarga dan sebagainya. Bak kata pepatah orang inggeris " Knowledge is Power" (~_~)

Walauapapun, untuk membaca dengan effisien,faktor sekeliling memainkan peranan yang penting,selain dari faktor minat yang mendalam. Sebagai contoh,amat sukar untuk kita menelaah bila keadaan di sekeliling huru-hara atau terlalu bising. Mungkin bagi sesetengah orang keadaan ini tidak memberikan masalah kepada mereka. Untuk aku,aku lebih menggemari mengunjung perpustakaan dan membaca di situ. Di sana, kita boleh menjangkakan suasana yang tenang dan positif untuk membaca di sampang aura susunan buku-buku yang memberi pengaruh psikologi untuk menelaah kepada pengunjung.

Jadi, jangan pernah berputus asa untuk membaca ya. Semaikanlah sifat cintakan ilmu itu dalam diri kita. Agar ia nya menjadi pelita pedoman untuk melayari hidup sebagai orang yang berguna dalam kehidupan ini. ~Salam~


Thursday, September 20, 2012

Android Apps : MOBOROBO

Kepada pengguna-pengguna Smartphone Android sekalian, di sini aku nak kongsi sedikit Android Apps yang terbaik yang aku dah installed dalam Xperia 10i aku yang semakin outdated sekarang ni. App yang aku maksudkan ialah Moborobo , selain versi android,ios pun ada,tapi yang pastinya,versi android  adalah free.



Moborobo merupakan satu App untuk organize/synchronize smartphone/tablet anda dengan PC.Penggunaannya sangat mudah. Melalui app ini,anda boleh membuat backup and restore segala contact, installed apps,media,messages, file managing dan sebagainya melalui PC tanpa mengguna internet. Walaubagaimanapun, anda haruslah install apps ni ke dalam PC,dengan mendownload free software dari laman web rasmi Moborobo, moborobo.com. Dalam masa yang sama,anda juga harus meng'install' apps yang sama melalui google apps ke dalam smartphone/tablet anda. Selepas selesai, nak memulakan app ni sangat mudah,hanya sambung USB kabel ke PC ,setelah smartphone/tablet anda di kenalpasti oleh PC, anda boleh terus menggunakan app ini dengan sepenuhnya. Selain itu,apps juga boleh di hubungkan dengan PC melalui wireless/tanpa wayar, tetapi, sambungan internet adalah diperlukan.


Ada satu features yang aku sangat tertarik dalam apps Moborobo ni, iaitu kita boleh menukar theme smartphone dengan senang dan pantas. Pilihan themes juga kebanyakannya menarik dan sangat kreatif.


Keseluruhannya,secara peribadi,aku rate kan apps 4.8/5 disebabkan penggunaan yang sangat mudah dan sangat berguna kepada pengguna smartphone dan tablet.

Untuk info yang lebih terkini,sila lah ke laman web rasmi www.moborobo.com.


Tuesday, September 11, 2012

Ibarat Si Tanah Dahagakan Air

Tanah yang kering,disiramkan air ke atasnya,lantas menjadi tanah yang subur,
Kalau hati yang kering,agaknya 'air'nya bagaimana rupanya.
Itulah hati bila sakit,akibat egonya tak pernah rendah,
Tinggi dadanya seolah ayam jantan,
Tidak punya kelemahan,
Berlaku salah apatah lagi haram,
Tapi sayang,
Manusia kan sifatnya tidak sempurna,
Bila mana silap itu dimakannya,
Hati menjadi seperti gundah gulana,
Makan tak tenang,tidurnya tak lena.
Mungkin ada satu ubatnya,
Itupun ubat,
Dimakan setelah merasai pedih peritnya,
MASA...mohonnya agar Yang Maha meminjamkan masa untuk kita kembali pulih,
Pulih hati,bebas dari gundah gulana....